Tuesday, May 17, 2011

kota belanda

lupekan shotesto
lupekan semua.
sebagai menghibur hati yang lara,(asik dapat markah shotesto teruk je) dgn perancangan yang teliti dan cuaca yang baik,kiteorg pergi melihat bunga tulip sabtu lepas.

lokasi:花の都公園
harga tiket masuk:¥400

mengambil mase perjalanan selama 1jam setengah dari kofu,sampailah di lokasi yang kitorg nak pergi.
Sesikit sejuk sebab atas bukit dan suhu lebih kurang dalam 16℃kot.Bila dah tengah hari sikit baru rase sedap.Mula-mula macam rase pelik sebab bunga tulip sikit dan banyak yang nampak layu.(macam tak siram je).Dan kat bunga die macam kne demam campak.banyak bintik-bintik.

tu semua tu yang dekat luar taman je la...TAPI,bile dah masuk semua tak abis berposing amik gambar.Bukan setakat bunga tulip je,ada jugak air terjun dan kawasan yang dihias seperti taman.(taman berbayar)Sememangnya negara Jepun sangat pandai dalam menjaga alam sekitar untuk menjamin kebersihan yang berterusan.

Jap..lepas balik tadi baru aku sedar sebenarnya aku tak tau ape itu tulip.Tau setakat rupa je. Bapak aku mase kne kerja kat Jerman pernah beli bunga tulip punye benih dengan harapan menggunung nak try tanam kat Malaysia.Mula-mula tu ade yang dah keluarkan tunas sikit.Tapi at last semua busuk.Sebab suhu tak sesuai kan.Sian ayah.Lain kali kite tanam bawang je la.Nanti kalau keluar daun boleh buat cucur.

Semenjak daripada kejadian tu kat kepala aku ni menganggap tulip hanya tumbuh dekat Europe je.Nape kat jepun pon ade.Pernah la soalan bodoh ni terpikir mase tengok tulip kat Ibaraki dulu.Jadi sebab aku pun nak tau pasal bunga tulip ni.Wiki kan sahaja bunga tulip kuar la skit ni.

Tulip (Tulipa) merupakan genus sekurang-kurangnya 100 jenis bunga. Tulip boleh didapati di kawasan selatan Eropah, utara Afrika, dan Asia dari Anatolia dan Iran (dimana bunga ini dicadangkan pada bendera kebangsaan, dari timur ke timur-laut China dan Jepun

Owh begitu ye.Baru la tau sikit.Apa kata lepas ni aku wiki kan bunga terbusuk dan terbesar di dunia.Masa kecik dulu aku selalu terpikir kenapa bunga tu tak jadi bunga kebangsaan Malaysia ek.Sebab hanya boleh didapati di suhu yang beriklim macam khatulistiwa terutamanya di Kepulauan Borneo je.Sangat istimewa bukan?















No comments:

Post a Comment